Kepentingan tulisan semasa pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin semakin bertambah dengan meluasnya penggunaan tulisan dalam urusan-urusan agama, pentadbiran dan muamalat harian.
Semasa pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, al-Quran ditulis di atas berbagai-bagai bahan seperti halnya semasa zaman Rasulullah s.a.w. bahan-bahan ini dikumpul oleh Zaid bin Thabit dan kemudian ditulis di atas lembaran-lembaran yang sejenis.
Apabila para penghafiz al-Quran semakin berkurangan disebabkan syahid di
Kemudian, beliau menitahkan Zaid bin Thabit, Abdul Rahman bin Amru al-As, Abdullah bin al-Zubair, Ibn al-Abbas dan Abdul Rahman bin al-harith bin Hisham supaya menyalin semula naskhah itu untuk dihantar ke segenap pelosok negara.
Apabila siap disalin, Uthman r.a sendiri mengambil satu naskhah untuk simpanannya.
Dalam sesetengah riwayat menyebutkan yang beliau juga turut mengutuskan naskhah-naskhah itu ke Makkah, Yaman dan
Beliau juga turut mengutuskan bersama-sama naskhah itu seorang qari sebagai guru.
Kesemua naskhah ini disalin di atas lembaran kulit dengan dakwat hitam. Naskhah-naskhah itu tidak mempunyai titik, baris dan hiasan bungaan. Ia juga tidak mempunyai nama-nama surah dan tanda-tanda yang membezakan di antara ayat-ayat dalam setiap juzuk dan sebagainya
Pada masa kekuasaan Khalifah Uthman bin Affan, penulisan mushaf masih kaku kerana tidak mempunyai tanda baca.
Untuk menghindarkan dari salah dalam membaca, ahli bahasa iaitu Abu al-Aswad bin Sufyan ad-Duali ( w. 69H/688M ) memasukkan tanda baca dan juga titik diatas perintah khalifah Ali bin Abi Talib
Tugas yang dilakukan oleh Abu Aswad tadi juga merupakan permulaan kepada asas ilmu nahu Arab apabila kesilapan bahasa dalam pertuturan semakin bertambah dan lari dari bahasa yang betul ditambah pula dengan kesilapan dalam pembacaan al-Quran al-Karim
Usaha yang dilakukan oleh Abu al-Aswad amat penting. Beliau membariskan dengan teliti kalimah-kalimah al-Quran dari awal hingga akhir dengan menggunakan kaedah yang diasaskannya sendiri
Kaedahnya ialah dengan meletakkan titik di atas huruf untuk menunjukkan baris atas, titik di bawah sebagai menunjukkan baris bawah, titik di depan huruf sebagai baris hadapan dan dua titik untuk menunjukkan baris dua.
Ini merupakan suatu peristiwa penting dalam sejarah al-Quran, tatabahasa dan penulisan Arab.
Titik ( dengan erti baris ) bertujuan untuk menghilangkan kesamaran dalam tulisan merupakan satu inisiatif untuk memelihara agar tidak terpesong ketika membaca ayat-ayat al-Quran
Titik yang diletakkan oleh Abu al-Aswad bagi menunjukkan baris adalah berbentuk bulat.
Oleh kerana ia sebagai tambahan ke atas matan yang tertulis dengan dakwat hitam, maka titik-titik itu ditulis dengan dakwat merah untuk membezakannya darpada matan-matan.
Disebabkan bimbang jika simbol-simbol yang diletakkan menyebabkan percampuran, maka simbol-simbol ini diletakkan dalam bentuk garisan-garisan nipis yang condong dari kanan ke kiri atau dalam baris yang sama, yang lebih luas penggunaannya.
Kemudian ia ditulis dengan dakwat hitam kerana ia dianggap sebagai binaan asal bagi huruf
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Salam...
Selamat bergabung sahabat eL_BAQ,Jangan lupa sarannya ya...:)