Islam datang dengan membawa beberapa faktor tentang betapa perlunya penggunaan tulisan yang semakin bertambah luas ruang penggunaannya. Bidang penulisan telah memasuki era baru yang bergemerlapan dengan kedatangan Islam.
Selepas penghijrahan Nabi ke Madinah, seni khat telah menjadi manifestasi bagi suatu perubahan yang agung yang mengatasi perkembangannya selama tiga abad sebelum itu.
Dengan turunnya
Kemudian turun pula ayat-ayat lain yang sering mengaitkan penulisan dengan sumber ketuhanan dan memerintahkan penggunaannya sehinggalah tulisan mendapat kedudukannya dalam kehidupan umat Islam sebagai salah satu keperluan asas
Nabi memerintahkan para sahabat merakam maklumat-maklumat dengan tulisan dan mewasiatkan mereka memelihara tulisan tersebut.
Baginda juga menggesa supaya mengajar anak-anak mereka membaca dan menulis.
Mengarah tawanan Perang Badar supaya mengajar anak-anak Ansar membaca dan menulis sebagai bayaran tebusan diri mereka.
Baginda sendiri mengendalikan urusan kelab latihan tulis-menulis di Madinah dengan tujuk ajar dari individu-individu dan sahabat-sahabat yang telah mahir dalam kemahiran menulis.
Hasilnya, wujud dikalangan mereka orang yang mahir dalam banyak bahasa seperti Zaid bin Thabit yang mempelajari bahasa Parsi, Rom, Qibti dan Habsyah semasa di Madinah
Beliau juga menterjemah surat-surat balasan kepada Rasulullah s.a.w yang ditulis dalam bahasa-bahasa tersebut.
Sesetengah daripada mereka diperintahkan menulis dalam beberapa lapangan dan tajuk-tajuk tertentu seperti menulis perjanjian dan surat-surat yang diutuskan oleh Nabi kepada raja-raja dan lain-lain lagi.
Terdapat juga dikalangan para sahabat yang mengetahui bahasa Hebrew dan Suryani dan pakar dalam tulisan-tulisannya
Selain itu, Baginda juga menekankan tentang soal sifat bentuk huruf-huruf yang berbagai-bagai itu.
Memberi perhatian khusus kepada huruf-huruf ini adalah asal-usul khat. Perbezaan bentuk huruf-huruf, misalnya antara sin dan shin yang dirujuk oleh Rasulullah s.a.w dengan segera mengilhamkan para penulis khat berusaha melahirkan nilai-nilai khas kepada huruf-huruf dalam bahasa arab.
Pada zaman Rasulullah SAW antara penulis khat adalah seperti Ali Bin Abi Talib, Uthman Bin Affan, Umar Al-Khattab, Abu Bakar al-Siddiq, Khalid Bin Said Bin Al-As, Hanzalah Bin Rabi`, Yazid Bin Abi Sufian, Muawiyah Bin Abi Sufian, Ubai Bin Ka`ab, Zaid Bin Tsabit, Ubai Bin Ka`ab dan ramai lagi.
Ubai Bin Ka`ab adalah antara penulis awal semasa zaman nabi SAW di Madinah, sebagai penulis surat-surat Rasulullah, manakala Zaid Bin Tsabit sebagai pengganti ketika ketiadaan beliau. Mereka berdua juga turut menulis wahyu Allah SWT.
Abdullah bin arqam juga dikatakan sebagai penulis
Muawiyah pula menjadi penulis selepas pembukaan Mekah, termasuk juga menulis wahyu atas arahan Rasulullah SAW
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Salam...
Selamat bergabung sahabat eL_BAQ,Jangan lupa sarannya ya...:)