Selasa, 07 April 2009

Pengenalan Kepada Seni Khat

Kaligrafi ialah seni tulisan indah, berasal daripada bahasa Yunani iaitu kalios ( indah ) dan graphia ( coretan atau tulisan ).

Bahasa Arab mengistilahkannya dengan khat ( tulisan atau garisan ), yang ditujukan pada tulisan yang indah ( al-kitabah al-jamilah atau al-khat al-jamil ).

Syeikh Syamsudin al-Akfani - Ialah ilmu yang memperkenalkan bentuk-bentuk huruf tunggal, penempatannya dan cara merangkaikannya menjadi tulisan; ataupun apa yang ditulis dalam baris-baris, bagaimana cara menulisnya, dan menentukan mana yang tidak perlu ditulis; mengubah ejaan yang perlu digubah dan bagaiman mengubahnya

Yaqut al-Musta’simi - kaligrafi adalah sesuatu yang lahir dari dalaman diri seseorang dan dipersembahkan menjadi sesuatu yang dapat dilihat.

Ada beberapa pendapat dalam mengatakan asal-usul khat. Antaranya ialah:

* khat adalah anugerah daripada Allah kepada manusia. Allah telah mengajar ilmu dan cara menulis kepada Adam dan diwarisi turun-temurun hingga kini. * Ibnu Khaldun - tulisan jenis masnad berasal daripada Yaman, kemudiannya berpindah kepada keluarga al-Munzir di Herat * Ada juga yang mengatakan khat berasal dari Herat dan akhirnya ke Hijaz. * Ada yang mengatakan khat berasal daripada Finiqi yang diambil daripada huruf Mesir purba. * Ada pula yang mengatakan berasal daripada tulisan Nabat (Aramai

Kebanyakan ahli sejarah bersetuju dengan pendapat terakhir, iaitu khat berasal dari Nabat. Ia sampai ke Hijaz melalui dua jalan:

* Jalan dekat dari Nabat ke Batra ke Ula, ke Madinah dan Mekah. * Jalan jauh, iaitu melalui Harran ke lembah Furat ke Daumatul Jandal, ke Madinah, Mekah dan Taif.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Salam...
Selamat bergabung sahabat eL_BAQ,Jangan lupa sarannya ya...:)